Serangan Amerika Syarikat Terhadap Iran, Langgar Undang-Undang Antarabangsa – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR, – Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengecam keras tindakan Amerika Syarikat yang didakwa telah melancarkan serangan dan pencerobohan terhadap Republik Islam Iran pada awal pagi ini.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan tersebut sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan negara Iran serta bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Tindakan ini bukan sahaja mencabul kedaulatan Iran, malah merupakan satu bentuk jenayah perang yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta nilai kemanusiaan sejagat,” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Beliau turut menegaskan bahawa serangan tersebut membuktikan sikap sebenar Amerika Syarikat dan sekutunya, Israel, yang menurutnya bertindak sebagai pengganas antarabangsa tanpa mengambil kira undang-undang dan prinsip kemanusiaan.

PAS dalam kenyataan itu turut menggesa Majlis Keselamatan PBB dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bertindak segera menghentikan apa yang digelar sebagai “tindakan tidak bertamadun”, serta mengecam keangkuhan Amerika Syarikat yang disifatkan sebagai sekutu kuat rejim haram Israel.

“Kebiadaban ini bukan sahaja memburukkan lagi ketegangan serantau, malah berpotensi mengancam prospek keamanan dunia,” tegas Abdul Hadi.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat