Cyberjaya, – Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-30 Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam dunia seni, satu perjalanan cemerlang yang membuktikan beliau bukan sekadar penyanyi biasa, tetapi ikon yang mengubah lanskap muzik Malaysia dan Asia Tenggara. Untuk meraikan pencapaian luar biasa ini, satu konsert eksklusif bertajuk “Violet Skies: Dato’ Sri Siti Nurhaliza Live in Arena of Stars” akan berlangsung pada 5 & 6 Julai 2025, jam 8:30 malam bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil Dato’ Sri Siti, telah mengharumkan nama negara sejak debutnya pada tahun 1995. Sepanjang tiga dekad, beliau telah merakam ratusan lagu yang menjadi siulan peminat pelbagai generasi. Dari lagu-lagu cinta klasik seperti Jerat Percintaan dan Aku Cinta Padamu, kepada karya moden yang mencerminkan evolusi muzik beliau, Dato’ Sri Siti terus menunjukkan kekuatan vokal dan kemampuan menyampaikan emosi yang mendalam. Gelaran “Biduanita Negara” diberikan sebagai penghormatan kepada bakat dan sumbangan beliau yang tiada tandingan dalam industri muzik Malaysia.
Konsert ini bukan sahaja menampilkan persembahan lagu-lagu hit beliau yang sudah menjadi warisan muzik Malaysia, tetapi juga produksi pentas bertaraf dunia yang menggabungkan elemen visual dan audio untuk memberikan pengalaman luar biasa kepada para penonton. Dato’ Sri Siti dijangka membawa penonton menyelami perjalanan seni beliau dengan persembahan penuh magis dan bertenaga, menghidupkan nostalgia sambil menunjukkan kebolehan beliau yang masih relevan hingga kini.
Sebagai tanda penghargaan kepada peminat setia, pihak penganjur World Resort Genting membuka peluang untuk anda memenangi sepasang tiket eksklusif ke konsert ini secara PERCUMA! Editor Suara.tv akan memilih 3 pemenang bertuah berdasarkan jawapan kuiz dan kreativiti slogan yang dihantar. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai sendiri pengalaman menonton persembahan penyanyi legenda tanah air secara langsung.
Cara Menyertai Peraduan:
- Lengkapkan maklumat peribadi anda.
- Jawab dua soalan kuiz mudah yang berkaitan dengan Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
- Cipta slogan kreatif mengapa anda ingin ke konsert ini (tidak melebihi 30 patah perkataan).
Borang Penyertaan & Soalan Kuiz:
Maklumat Peribadi:
- Nama penuh: _______________________________
- No Kad Pengenalan: __________________________
- No Telefon: _______________________________
- Alamat E-mel: ______________________________
- Alamat Rumah: ______________________________
Soalan Kuiz:
1. Konsert “Violet Skies” ini diadakan untuk meraikan penglibatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam industri muzik yang ke berapa dekad?
Jawapan: __________________
2. Apakah gelaran yang diterima oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dalam dunia seni tanah air kerana pencapaian luar biasanya?
Jawapan: __________________
Slogan (maksimum 30 patah perkataan):
Saya ingin ke konsert Violet Skies kerana… ____________________________________
________________________________________________________
Tarikh Tutup Penyertaan: [ 20 June]
Hantar penyertaan ke: [ [email protected] ]
Maklumat Tiket:
Tiket rasmi akan mula dijual pada 30 April 2025, jam 3:00 petang di laman web rasmi www.rwgenting.com dengan harga seperti berikut:
- VIP – RM768
- PS1 – RM658
- PS2 – RM528
- PS3 – RM398
- PS4 – RM278
Ahli Genting Rewards Card boleh menikmati diskaun 10% untuk kategori VIP hingga PS3 dengan pembayaran tunai, kad kredit atau mata ganjaran Genting.
Jangan lepaskan peluang menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Saksikan kehebatan Biduanita Negara yang telah menggegarkan industri muzik selama 30 tahun dengan bakat dan dedikasi tiada tandingan. Sertai peraduan hari ini, menangi tiket dan alami sendiri magis konsert “Violet Skies”!