Keluar PKR kena bayar RM10 juta, Puad yakin itu senarai palsu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nama 11 ahli Parlimen PKR yang didakwa menarik sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim itu jelas palsu kerana parti itu telah menetapkan bon RM 10 juta yang mengikat ahlinya yang mahu bertanding dalam pilihan raya atas tiket PKR berdasarkan peruntukan Seksyen 71 Akta Kontrak 1950.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Puad Zarkashi berkata, beliau malah yakin senarai tersebar itu tidak logik memandangkan ada beberapa nama yang tersenarai adalah penyokong kuat Anwar.

“Saya yakin cerita itu tidak benar kerana PKR ada Aku-janji, kena bayar RM10 Juta jika tinggalkan parti.

“Lagi pun ada beberapa nama yang tersenarai adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Jadi tidak logik jika mereka menarik sokongan terhadap Anwar. Contohnya Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar,” katanya kepada SuaraTV pada Khamis.

Adun Rengit yang juga Speaker DUN Johor itu melahirkan rasa kesal dengan amalan politik toksik sedemikian.

“Saya dukacita kerana politik toksik iaitu membawa cerita cerita palsu melalui media sosial semakin berleluasa.

“Malangnya masih ada di kalangan rakyat yang cepat mempercayai berita berita palsu ini.

“Diharap kerajaan tebuk atap tidak akan berlaku lagi di Malaysia. Ia menyusahkan.

“Tunggu sahaja PRU. Serah kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru di PRU akan datang,” kata Puad lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat