Anwar tidak akan pujuk Rafizi

- Advertisement -

PUTRAJAYA, – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi isyarat tidak akan memujuk Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli sekiranya beliau meletak jawatan selepas pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nanti.

Anwar memberi isyarat sedemikian ketika ditanya wartawan mengenai kenyataan Rafizi akan meletak jawatan sekiranya tewas dalam pemilihan Timbalan Presiden PKR jumaat ini.

“Saya tidak tahu, tapi kita tidak boleh halang orang punya cita-cita (ingin lepaskan jawatan dalam Kabinet jika tewas pemilihan). Kalau tanya saya, tiada rencana sama sekali untuk buat apa-apa pun rombakan (Kabinet),” kata Anwar ketika ditemui selepas Sesi Taklimat Perdana Menteri Bersama Ketua-Ketua Pengarang Media Tempatan dan Antarabangsa di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Bagaimanapun Anwar menegaskan beliau tidak akan merombak kabinet hanya berdasarkan keputusan Pemilihan PKR 2025.

“(Pemilihan parti) ini pertandingan di antara sahabat karib dan kawan-kawan setia, tidak timbul sama sekali perubahan Jemaah Menteri,” tambah Anwar.

Rafizi ketika berkempen pemilihan PKR beberapa kali mengulangi kenyataan untuk melepaskan jawatan dalam Kabinet sekiranya gagal mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini.

Menurutnya, keputusan itu dibuat sebagai langkah menghormati mandat akar umbi, sambil menegaskan bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Pandan meskipun tidak lagi menganggotai Jemaah Menteri.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat