BN parti tak pernah lari meski kalah gara-gara perpecahan – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui Barisan Nasional (BN) bukanlah parti yang sempurna namun menegaskan mereka adalah parti yang tidak pernah lari.

Pengerusi BN itu bagaimanapun memberitahu parti itu tidak pula menjanjikan bulan dan bintang tetapi membawa rekod, bukti dan pengalaman.

“Kita tidak menjanjikan bulan dan bintang. Tetapi kita membawa rekod, bukti dan pengalaman.

“Kita bukan parti yang sempurna, tapi kita adalah parti yang tidak pernah lari. Kita pernah kalah kerana perpecahan.

“Maka hari ini, kita bangkit dengan azam untuk bersatu dan menang semula.Saya yakin, dengan gerak kerja yang tersusun, jentera yang utuh, dan keikhlasan perjuangan yang sebenar, kemenangan akan kembali menjadi milik kita. Dari Kemabong, kita mula lakar semula kekuatan. Demi rakyat dan demi masa depan Sabah.

“Insya-Allah, GERAK17 akan menjadi detik permulaan kepada kebangkitan besar BN di Negeri Di Bawah Bayu ini,” katanya di Sabah.

Menurut Timbalan Perdana Menteri itu lagi, dari Karambunai ke Kemabong, dari Sepanggar ke Tenom – gelombang GERAK17 terus mara tanpa henti.

“Hari ini (semalam), di Dewan Sri Ontoros, saya menyaksikan sendiri kesungguhan jentera Barisan Nasional yang tidak pernah luntur semangatnya.

Kemabong merupakan simbol kebangkitan. Suara rakyat di sini tidak akan dibiarkan tenggelam dalam kebisingan politik yang mengelirukan.

“Kita hadir dengan niat yang jitu iaitu untuk menyusun kekuatan, mendengar denyut nadi rakyat, dan membuktikan bahawa BN masih menjadi pilihan terbaik untuk masa depan Sabah,” kata Presiden Umno itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat