Pemimpin Sabah sendiri tinggalkan rakyat di belakang tapi salahkan Persekutuan – Zaid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim mempertahankan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Jeffrey Kitingan mengecam Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu kerana mengkritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’.

Zaid berkata reaksi Jeffrey adalah sifat tipikal pemimpin Sabah yang mengambil sebarang peluang untuk memburukkan pemimpin pusat atas kegagalan mereka sendiri, terutama menjelang pilihan raya.

“Kemiskinan dan kekurangan kemajuan Sabah sebahagian besarnya disebabkan oleh pemimpin yang dipilih, yang mengutamakan diri mereka sendiri, meninggalkan rakyat di belakang.

“Siapa yang menguruskan Yayasan Sabah? Siapa ketua menteri selama ini? (Adakah mereka) dari Semenanjung?” katanya dalam catatan di X.

Jeffrey membidas Zahid kerana menyifatkan slogan ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai memecahbelahkan.

Beliau berkata rakyat Sabah tidak memerlukan kebenaran atau pengesahan pemimpin pusat untuk menegaskan apa yang menjadi hak mereka, dan Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri bawahan tetapi rakan kongsi sama dengan Sarawak dan Malaya dalam Persekutuan Malaysia.

Jeffrey malah memberi amaran tentang kemungkinan Sabah akan meninggalkan Persekutuan, berkata ia akhirnya terpulang kepada rakyat Sabah.

Zahid sebelum itu telah mengkritik sentimen ‘Sabah untuk orang Sabah’ sebagai memecahbelahkan dan tidak produktif, dengan berkata mengekalkan hubungan rapat dengan kerajaan persekutuan adalah kunci kepada kemakmuran dan pembangunan negeri.

Zaid menyokong kenyataan Timbalan Perdana Menteri itu dengan berkata pemimpin mesti melihat isu sebagai sebuah negara dan rakyat.

“Menimbulkan ketakutan Sabah meninggalkan Persekutuan apabila mereka tidak berpuas hati dengan sesuatu atau pemimpin Persekutuan tidak membimbangkan sesiapa. Ke mana Sabah boleh pergi?

“Negara kita tidak akan maju jika tidak menghilangkan rasa taksub kepada kaum, agama, dan kenegerian,” kata bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat