Eskayvie Mindtropic ubah budaya belajar dengan kempen booster minda

- Advertisement -

Dalam dunia pendidikan yang semakin mencabar dan berdaya saing, Eskayvie tampil dengan pendekatan yang unik dan progresif – memperkasa pelajar melalui intervensi nutrisi otak sebagai sebahagian daripada usaha membentuk budaya pembelajaran yang lebih sihat dan holistik.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Eskayvie Mindtropic 2025 yang berlangsung di Double Tree by Hilton Shah Alam bukan sekadar acara penghargaan, malah menjadi simbol perubahan landskap pendidikan apabila sokongan akademik tidak lagi hanya berpusat pada buku teks dan kelas tambahan, tetapi turut melibatkan penjagaan minda melalui pemakanan dan gaya hidup yang menyokong kesihatan kognitif.

Eskayvie melalui produk andalannya, Eskayvie Mindtropic, melangkah lebih jauh daripada sekadar pengeluar suplemen. Dengan kempen nasional Booster Minda, syarikat ini menghubungkan dunia pendidikan dengan dunia kesihatan moden, menyasarkan 100,000 pelajar cemerlang menjelang tahun 2026 melalui pendekatan berasaskan nutrisi dan sokongan emosi.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, pelaburan dalam formula produk seperti Mindtropic bukan hanya untuk pasaran, tetapi juga demi menyelesaikan masalah sebenar dalam pembangunan pelajar masa kini. Kami melihat ramai pelajar menghadapi cabaran dari segi tumpuan, semangat belajar dan stres akademik. Eskayvie Mindtropic dibangunkan khusus dengan nutrien penting untuk menyokong empat neurotransmitter utama – Serotonin, Dopamine, Norepinephrine dan Acetylcholine – yang memainkan peranan penting dalam pembelajaran dan kestabilan emosi,” jelas beliau.

Menerusi gabungan bahan berpaten seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM 66, Bacopa Monnieri dan Magnesium, produk ini disokong kajian klinikal yang menunjukkan manfaat kepada prestasi kognitif. Tetapi lebih penting dari itu, strategi Eskayvie bukan hanya menjual produk – ia menghidupkan perbualan nasional tentang bagaimana pemakanan mempengaruhi prestasi anak-anak di sekolah.

Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed, pula menegaskan bahawa perubahan budaya ini datang melalui pendidikan dan sokongan menyeluruh kepada ibu bapa. Kami mahu mencipta budaya baharu di rumah – di mana ibu bapa memahami peranan nutrisi, tidur yang cukup, dan kawalan stres dalam kejayaan anak-anak. Inilah nilai sebenar yang kami bawa melalui Booster Minda,” katanya.

Kempen ini bukanlah satu pendekatan bersifat jualan semata, sebaliknya ia membina kesedaran dalam kalangan ibu bapa dan pelajar bahawa kecemerlangan akademik perlu datang bersama gaya hidup yang seimbang. Eskayvie secara aktif mengadakan bengkel, webinar dan sesi bersama pakar perubatan dan pemakanan untuk membantu keluarga memahami keperluan ini.

Majlis anugerah itu turut diserikan dengan kehadiran selebriti dan ikon keluarga, Datuk Aznil Haji Nawawi, yang bukan sahaja menyampaikan ucapan inspirasi, malah berkongsi pengalaman sendiri sebagai bapa dan pendidik tidak formal yang menyokong perubahan pendekatan dalam sistem pembelajaran.

Pelajar dari seluruh Malaysia hadir dengan pelbagai latar belakang – memperlihatkan bahawa aspirasi pendidikan bukan hanya milik kelompok tertentu, malah boleh dicapai oleh semua dengan sokongan sistemik yang betul. Dan dalam landskap ini, Eskayvie membuktikan bahawa produk kesihatan boleh menjadi alat perubahan sosial yang memberi kesan sebenar – apabila ia diasaskan dengan niat, sains dan strategi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat