PKR Selangor sokong Nurul Izzah jadi Timbalan Presiden – Amirudin

- Advertisement -

SHAH ALAM, – Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Negeri Selangor hari ini menyatakan sokongan terbuka terhadap pencalonan Nurul Izzah Anwar sebagai Timbalan Presiden parti bagi pemilihan akan datang.

Sokongan itu dinyatakan menerusi satu kenyataan bersama pimpinan negeri yang dimuat naik oleh Menteri Besar Selangor merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari, di laman Facebook rasmi beliau.

“Saya menyatakan sokongan terbuka bersama rakan-rakan pimpinan dari seluruh cabang di negeri ini terhadap pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden KEADILAN,” kata Amirudin dalam hantaran tersebut.

Kenyataan itu turut menamakan seluruh Ketua Cabang KEADILAN Selangor termasuk Timbalan Pengerusi MPN Selangor, Datuk Borhan Aman Shah, Naib Pengerusi, Hee Loy Sian, serta tokoh-tokoh lain seperti Elizabeth Wong, YB Azmizam Zaman Huri dan YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan.

Menurut kenyataan tersebut, Nurul Izzah dianggap antara wajah utama perjuangan reformasi sejak hari pertama penubuhan KEADILAN dan kekal konsisten mendukung idealisme parti tanpa mementingkan jawatan.

“Beliau bukan sahaja membina nama kerana latar keluarga, tetapi kerana prinsip yang tegas dan keberanian memperjuangkan keadilan sejak muda lagi,” jelas kenyataan itu.

KEADILAN Selangor juga menekankan keperluan parti untuk mempunyai seorang Timbalan Presiden yang bebas daripada kekangan pentadbiran kerajaan agar dapat memberi tumpuan penuh kepada pengukuhan organisasi parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

“Parti ini perlu seorang Timbalan Presiden yang tidak terikat dalam pentadbiran kerajaan, tetapi boleh memberi fokus kepada mengukuhkan kekuatan dalaman parti,” kata Amirudin.

Mereka menegaskan bahawa pencalonan Nurul Izzah bukan soal mewarisi nama, tetapi soal menyambung semangat reformasi dan menyatukan idealisme perjuangan dengan realiti politik semasa.

“Dengan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden, kita dapat menyusun semula barisan yang kuat, menyemai semula kepercayaan rakyat, dan memastikan KEADILAN kekal relevan, progresif dan berwibawa,” menurut kenyataan itu lagi.

Sokongan padu dari semua Ketua Cabang KEADILAN Selangor menjadikan kenyataan ini antara deklarasi paling menyeluruh dalam menyokong pencalonan Nurul Izzah setakat ini.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat