India tak benar walau setitis air Sungai Indus mengalir ke Pakistan

- Advertisement -

NEW DELHI- India menghentikan aliran air dari Empangan Baglihar di Sungai Chenab ke Pakistan dan kini sedang bersiap untuk mengurangkan aliran dari projek Kishanganga di Sungai Jhelum.

Tindakan itu selari keputusan tegasnya untuk tidak membenarkan walau setitis air dari sistem sungai Indus mengalir ke negara jirannya itu.

Selepas seminggu perbincangan dan ujian hidrologi, India memulakan kerja-kerja penyahkelodan enapan (de-silting) di Empangan Baglihar dan menurunkan pintu air, yang mengurangkan aliran air ke hilir ke Pakistan sehingga 90 peratus, menurut seorang pegawai daripada Perbadanan Kuasa Hidroelektrik Nasional, semalam.

Memetik laporan Hindustan Times, operasi sama turut dirancang untuk dilaksanakan di Empangan Kishanganga.

“Kami menutup pintu Empangan Janakuasa Hidro Baglihar.

“Kami melakukan kerja-kerja penyahkelodan takungan dan ia perlu diisi semula. Proses itu dimulakan pada Sabtu,” kata seorang lagi pegawai yang enggan dikenali lapor Agensi.

Tindakan India ini berlaku hanya beberapa jam selepas Pakistan menguji peluru berpandu balistik permukaan-ke-permukaan kelmarin, selain turut mengharamkan kapal yang membawa bendera Pakistan daripada berlabuh di semua pelabuhan negaranya.

Empangan Kishanganga, loji hidroelektrik mega pertama yang terletak di barat laut Himalaya di lembah Gurez, juga akan menjalani kerja penyelenggaraan besar-besaran ‘dalam masa terdekat’ dan semua aliran air ke hilir akan dihentikan sepenuhnya.

Pakistan sebelum ini membantah reka bentuk kedua-dua empangan ini.

India menggantung Perjanjian Air Indus (IWT) yang berusia enam dekad dengan Pakistan, yang sememangnya telah lama tegang disebabkan pertikaian berterusan, sehari selepas serangan pengganas membunuh puluhan pelancong di Pahalgam, Kashmir pada 22 April lalu.

Seorang pegawai kanan berkata, memandangkan India menggantung IWT, Pakistan sedang meneroka semua cara bagi memastikan air sungai dapat digunakan demi kepentingan rakyat.

Kelmarin, pihak berkuasa Kementerian Jal Shakti India memaklumkan Kementerian Dalam Negeri (Union home ministry) mengenai pelbagai langkah yang sedang dirancang untuk meningkatkan bekalan air kepada negeri-negeri utara melalui sistem sungai Indus.

“Kami sudah bersedia dengan langkah hukuman yang tegas terhadap Pakistan dan hampir 50 jurutera daripada NHPC kini berada di Wilayah Kesatuan Jammu dan Kashmir untuk memantau operasi,” kata pegawai pertama.

Dalam konteks ini, beliau berkata, India telah mencapai kemajuan yang stabil dalam empat projek kuasa hydel yang sedang berjalan di sungai Chenab dan anak sungainya di Jammu dan Kashmir dan ia mungkin akan mula beroperasi seawal 2027 atau 2028.

Projek-projek ini iaitu Pakal Dul (1,000 MW), Kiru (624 MW), Kwar (540 MW), dan Ratle (850 MW) sedang dilaksanakan melalui usaha sama antara NHPC dan Perbadanan Pembangunan

Empat projek hidroelektrik utama sedang dibangunkan di Lembah Sungai Chenab, Kishtwar, Jammu dan Kashmir, dengan sasaran siap antara tahun 2026 hingga 2028. Projek-projek ini dilaksanakan oleh Chenab Valley Power Projects Pvt. Ltd. (CVPPL), sebuah usaha sama antara NHPC Limited dan Jammu & Kashmir State Power Development Corporation (JKSPDC).

Untuk rekod, Perdana Menteri Narendra Modi meletakkan batu asas projek kuasa hydel Pakal Dul, Kiru dan Kwar hydel masing -masing pada 19 Mei 2018, 3 Februari 2019 dan 22 April 2022.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat