Mara tanggung pengajian pelajar yatim, miskin 9A MRSM Pengkalan Chepa hingga luar negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan akan membiayai pelajar yatim dan miskin yang berjaya meraih 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari MRSM Pengkalan Chepa.

Menurut Pengerusi Mara Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki kisah pilu pelajar itu mendapat perhatiannya sekali gus berikrar akan menanggung kos pengajiannya.

“Pilu mendengar kisah pelajar yatim dan miskin 9A MRSM Pengkalan Chepa tak pergi ambil keputusan SPM sebab kekangan wang.

“Mara akan tanggung pelajar ini sampai universiti hatta ke luar negara.

“Insya-Allah, saya sudah arahkan Ketua Pengarah Mara untuk kumpulkan segera semua pelajar cemerlang MRSM seluruh Malaysia termasuklah penerima bantuan pendidikan Mara (BUDI) dikalangan pelajar miskin tegar yang dapat staight As untuk saya bertemu dan diadakan satu program khas untuk menerangkan peluang-peluang yang Mara akan tawarkan dalam bidang-bidang strategik yang memenuhi keperluan kerjaya masa depan,” jelas beliau.

Manakala katanya, bagi pelajar-pelajar miskin yang cemerlang seperti ini, Mara akan bimbing mereka untuk sambung pengajian hingga ke luar negara.

“Sebagaimana yang selalu saya tekankan pada pelajar-pelajar hanya ilmu sahaja boleh mengubah kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.

“Insya-Allah amanah ini akan saya galas untuk membela lebih ramai anak bangsa yang kurang bernasib baik sebelum ini,” janji beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat