AI tak boleh ganti tanggungjawab editorial, Jalur Gemilang maruah kita

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan kebimbangan terhadap beberapa insiden mutakhir yang melibatkan kesilapan dalam paparan Jalur Gemilang yakni bendera rasmi negara yang menjadi lambang kedaulatan dan maruah kita semua.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, meskipun kekhilafan ini dipercayai berpunca daripada penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan imej tersebut.

“Sama ada sengaja atau tidak, hakikatnya ia tetap menyentuh sensitiviti nasional yang tidak boleh dipandang ringan.

“Pertama, insiden melibatkan akhbar Sin Chew Daily, Kedua, sebuah syarikat luar negara yang menyertai pameran di Kuala Lumpur turut memaparkan video promosi yang menampilkan Jalur Gemilang tanpa anak bulan.

“Ketiga, laporan Prestasi SPM 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia turut memaparkan bendera Malaysia yang tidak lengkap.

“Kementerian kini sedang menjalankan siasatan dalaman,” katanya ketika menyampaikan taklimat pada Khamis.

Menurut Tunku Nashrul, Perdana Menteri mengingatkan bahawa pihak kementerian perlu menunjukkan kepekaan yang lebih tinggi terhadap elemen-elemen yang membawa identiti negara, terutamanya dalam dokumen rasmi yang melibatkan jutaan pelajar dan ibu bapa.

Ujar beliau lagi, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada layanan dua darjat dalam isu ini.

“Siasatan dilakukan tanpa mengira pihak yang terlibat sama ada media tempatan, syarikat antarabangsa mahupun agensi kerajaan.

“Prinsip keadilan dan hormat kepada simbol negara mesti ditegakkan oleh semua, tanpa pengecualian,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, Perdana Menteri menyambut baik inovasi dalam bidang teknologi termasuk kecerdasan buatan, yang kian meluas dalam sektor media, pendidikan, dan perniagaan.

Namun, beliau menegaskan bahawa AI tidak
boleh menggantikan tanggungjawab editorial dan kawalan kualiti oleh manusia, kata Tunku Nashrul lagi.

“Setiap bahan yang melibatkan simbol negara atau sensitiviti rakyat mesti melalui semakan yang teliti, dengan semangat hormat dan tanggungjawab bersama.

“AI ialah alat yang hebat, tetapi jika digunakan
secara cuai, ia boleh mengundang implikasi yang besar terhadap keharmonian negara,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat