Jumlah ladang babi di Ayer Kuning bikin PN ‘naik angin’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) membangkitkan kebimbangan mengenai jumlah ladang babi di kawasan majoriti Melayu dalam kawasan Ayer Kuning, Perak.

Mendakwa penduduk membangkitkan isu itu dengan calon PN baru-baru ini, Naib Presiden Pas Idris Ahmad berkata ladang-ladang itu boleh menimbulkan ancaman terhadap alam sekitar dan kesihatan.

Katanya, menurut maklumat di laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, terdapat 30 ladang babi berlesen di daerah Batang Padang dan Muallim sahaja.

Jika ladang babi haram turut diambil kira, angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi, tambah ahli Parlimen Bagan Serai itu lagi.

“Bagi orang yang rasional, tak boleh terima keadaan yang berlaku,” katanya lapor Malaysiakini pada Khamis.

Bercakap dalam sidang media di pusat operasi PN di Bidor, Perak, Idris juga berkata terdapat banyak ladang babi berlesen dan haram di kawasan majoriti Melayu, seperti kampung Kampung Tanjung Keramat yang mempunyai 98.9 peratus penduduk Islam.

Pengundi Ayer Kuning akan mengundi pada 26 April, dengan PN mencalonkan Ketua PN Tapah Abd Muhaimin Malek manakala BN mengemukakan Setiausaha Umno Tapah Yusri Bakir.

Timbalan Setiausaha Agung PSM Bawani KS juga bertanding dalam pertandingan tiga penjuru bagi kerusi bawah parlimen Tapah itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat