Badan Peguam diarah bayar RM340,000 kepada Shafee

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Badan Peguam membayar ganti rugi sebanyak RM340,000 kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuntutan saman fitnah yang dikemukakan peguam berkenaan berkaitan dakwaan melanggar tanggungjawab statutori.

Dalam keputusannya, Hakim Datuk Ahmad Shahril Mohd Salleh memerintahkan Badan Peguam membayar ganti rugi RM200,000 bagi kerosakan reputasi, RM100,000 (kehilangan peluang profesional), RM20,000 (tekanan mental dan kesihatan) dan RM20,000 (ganti rugi teruk).

Ahmad Shahril memutuskan demikian selepas mendapati badan berkenaan sebagai defendan telah menyalahi undang-undang dengan membenarkan dan menerbitkan usul mengutuk peguam berkenaan selaku plaintif, sebelum merujuk kepada Lembaga Tatatertib, pada 10 tahun lalu.

Pada Mac 2015, Shafee telah menyaman Badan Peguam, bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri VC George.

Shafee mendakwa Tommy telah menerbit dan mengemukakan usul pada 28 Februari 2015 untuk dibahaskan dalam mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam ke-69 pada 14 Mac tahun sama dan usul itu telah disokong oleh George.

Usul itu berkaitan kelakuan Shafee sebagai Timbalan Pendakwa Raya dalam rayuan kes liwat II, di Mahkamah Persekutuan yang mendakwa peguam itu telah melanggar peraturan profesion perundangan yang melarangnya mengiklankan diri, lapor Astro Awani.

Usul itu juga mendakwa Shafee telah mengambil bahagian dalam jerayawara di seluruh negara dengan tujuan menghina seorang lelaki yang telah disabitkan kesalahan.

Pada 26 Mei 2016, Mahkamah Tinggi menolak saman Shafee dan peguam itu juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 11 Oktober 2018 yang menyebabkan beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Pada 20 Oktober 2021, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Shafee dan memutuskan bahawa beliau berhak mendapat ganti rugi daripada Badan Peguam serta memerintahkan agar kes itu dikembalikan kepada Mahkamah Tinggi untuk taksiran ganti rugi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat