Polis Siasat Dakwaan ADUN Hulu Kinta Acu Objek Seperti Pistol Ketika Majlis Raya

- Advertisement -

IPOH, 13 April – Polis Perak telah memulakan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad susulan dakwaan mengugut seorang lelaki dengan mengacukan objek menyerupai pistol dalam sebuah majlis di sini.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika satu jamuan hari raya berlangsung di Dewan Komuniti Taman Indah, sebelum menerima liputan meluas di media sosial melalui sebuah video berdurasi lebih satu minit.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mengesahkan pihaknya menerima laporan pada jam 12.28 tengah hari, Ahad lalu, daripada seorang lelaki yang mendakwa menjadi mangsa kejadian.

“Semasa hadir ke majlis tersebut, pengadu memaklumkan seorang ahli politik telah acukan objek menyerupai pistol kepadanya dan meminta beredar dari lokasi tersebut. Pengadu tidak berpuas hati dan meminta bantuan polis hadir ke lokasi,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurut Noor Hisam, siasatan kini sedang berjalan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman berkaitan ugutan jenayah.

Setakat ini, seramai lapan saksi telah dirakam keterangan dan polis masih mengesan beberapa saksi lain yang dipercayai berada di lokasi kejadian dan turut muncul dalam rakaman video yang tular.

“Dalam kes ini, ahli politik tersebut turut dipanggil bagi membantu siasatan. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian,” jelas beliau.

Sementara itu, Muhamad Arafat menafikan dakwaan yang mengaitkannya dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang bermotifkan politik.

Beliau menjelaskan kenyataannya menerusi saluran media, susulan penyebaran video tular yang memaparkan seorang individu bernama Kalai – dipercayai calon Timbalan Ketua Cabang Tambun – mendakwa beliau menunjukkan senjata kepada sekumpulan ahli yang sedang merayu undi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hari pengundian pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Cabang Tambun sedang berlangsung. Pada pemilihan kali ini, Muhamad Arafat dicabar oleh Shamsul Kamar Ani bagi jawatan Ketua Cabang.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat