Setiap komuniti di Sabah mesti rasa dihormati dan dilibatkan, itu ciri kepimpinan yang diperlukan – Salleh Keruak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepimpinan mesti mencerminkan masyarakat majmuk Sabah sambil memastikan mereka yang dilantik benar-benar berkelayakan, berwibawa dan berintegriti.

Menurut bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak kepelbagaian kaum, agama dan budaya di Sabah menuntut satu pendekatan politik yang adil dan inklusif, di mana setiap komuniti rasa dihormati dan dilibatkan.

Jelas Bendahari Umno Sabah itu lagi, sistem berasaskan meritokrasi representatif amat penting.

“Tiga kelompok utama di Sabah terdiri daripada Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan bukan Bumiputera perlu diwakili secara bermakna dalam kerajaan, dengan tanggungjawab sebenar, bukan sekadar peranan simbolik.

“Di samping perwakilan komuniti, parti-parti politik utama juga wajar diberi ruang dalam struktur perkongsian kuasa, terutamanya yang mempunyai sokongan meluas merentasi kawasan. Namun, merit tetap perlu menjadi asas dalam sebarang pelantikan.

“Inilah inti pati kepada konsep akomodasi politik semangat kerjasama antara komuniti dan parti demi kestabilan, keadilan dan perpaduan dalam tadbir urus,” tegas Salleh.

Justeru katanya, untuk melaksanakannya, perlu ada kemahuan politik yang tulus dan berani berteraskan rasa hormat dan visi bersama untuk masa depan Sabah.

Kata Salleh, pendekatan ini selari dengan semangat asal pembentukan rangka politik Sabah berteraskan persefahaman, kerjasama dan perkongsian kuasa yang adil antara komuniti.

“Ia mencerminkan nilai perlembagaan yang menekankan keseimbangan, keterangkuman dan autonomi wilayah.

“Apa yang paling penting ke hadapan adalah membina satu model tadbir urus yang inklusif, kompeten dan berpaksikan tanggungjawab bersama di mana setiap komuniti dan wilayah memainkan peranan bermakna dalam mencorak masa depan Sabah,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat