7 pelajar MRSM Pulau Pinang terkait buli ditamat pengajian – Asyraf Wajdi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tujuh pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pulau Pinang yang terkait kes buli disingkir dari institusi pengajian itu.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan penamatan pengajian tujuh pelajar berkenaan diputuskan sebulat suara oleh jawatankuasa disiplin maktab.

“Keputusan kes buli MRSM, jawatankusasa disiplin maktab putuskan tujuh pelajar didapati terlibat.

“Dua terlibat buli fizikal manakala lima lagi subahat (mereka) disyorkan semuanya ditamatkan pengajian dari MRSM,” ujar beliau di Facebook pada Selasa.

Semalam Asyraf mengarahkan siasatan segera insiden yang didakwa buli di MRSM Pulau Pinang.

“Saya sudah minta pegawai saya siasat segera jika benar peristiwa ini berlaku di MRSM.

“Jika benar pelajar-pelajar ini adalah pelajar MRSM, tiada kompromi lagi, tindakan tegas pasti akan diambil.

“Saya sudah mengingatkan banyak kali semenjak diberikan amanah menjaga Mara, “You Touch You Go!” Tiada tempat untuk pembuli atau yang cuba membudayakan ‘buli’ dalam apa jua bentuk di MRSM,” tegas Asyraf.

Kenyataan Asyraf itu menyusul selepas tular foto yang memaparkan pelajar MRSM Pulau Pinang yang didakwa menekap kepala rakannya dengan bantal manakala seorang lagi memukul di bahagian kaki.

Polis Pulau Pinang juga telah membuka satu kertas siasatan berhubung satu klip video memaparkan insiden buli di sebuah bilik dipercayai asrama yang tular di media sosial sejak pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, siasatan akan dijalankan secara holistik dengan mengambil kira semua aspek.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat