KDNK 2024 cecah 5.1 peratus, pasaran modal capai RM4.2 trilion – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pada tahun 2024 pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencecah 5.1 peratus, meningkat daripada 3.6 peratus pada tahun sebelumnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini melepasi unjuran awal kerajaan serta jangkaan penganalisis bebas satu bukti bahawa reformasi ekonomi sudah membuahkan hasil awal.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pertumbuhan ini didorong oleh pelaburan domestik yang tertinggi dalam tempoh sedekad, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap hala tuju dasar negara.

“Perdana Menteri mengambil maklum berkaitan prestasi ekonomi negara khususnya laporan tahunan terkini oleh Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang menunjukkan bahawa ekonomi negara terus berkembang pesat.

“Nilai pasaran modal juga mencatat rekod baharu mencecah RM4.2 trilion dengan kadar pertumbuhan hampir 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ia bukan sekadar angka, tetapi petanda positif bahawa asas ekonomi kita semakin kukuh,” katanya.

Dalam taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menter, Tunku Nashrul Abaidah memberitahu, namun begitu, Perdana Menteri akur bahawa cabaran struktur masih wujud.

“Produktiviti negara perlu dipertingkat, daya saing diperkukuh, dan ketahanan ekonomi dibina semula dengan berlandaskan prinsip manusiawi dan tatakelola yang baik.

“Kita tidak boleh berkompromi dengan ketirisan dan rasuah yang merugikan negara dan membantut pembangunan.

Tambah beliau, kerangka ekonomi Madani yang dilancarkan pada 27 Julai 2023 bukan sekadar pelan dasar, tetapi satu usaha bersama untuk membina ekonomi
yang lebih adil, lestari dan menyeluruh agar pertumbuhan yang dicapai dapat dikecapi oleh semua, bukan hanya golongan elit.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat