Bella Astillah Berangkat Tunai Umrah, Syed Saddiq Iringi di KLIA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah, berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah, seperti dikongsi jenama fesyen PrimaValet menerusi hantaran di Instagram (IG) awal pagi tadi.

Menerusi video yang dimuat naik, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, dilihat mengiringi Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, bagi menghantar selebriti itu sebelum berlepas ke Mekah.

Bella dan Syed Saddiq, yang juga wajah kempen bagi jenama fesyen tersebut, turut bergambar bersama anggota keselamatan di KLIA dalam hantaran berkenaan.

PrimaValet turut menyampaikan doa buat Bella menerusi kapsyen yang ditulis pada hantaran tersebut.

“Semoga Bella mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah rezeki ramai yang sayang dan doakan Bella,” tulis mereka.

Hantaran itu yang dimuat naik kira-kira tiga jam lalu berjaya meraih hampir 20,000 tanda suka sehingga jam 7 pagi tadi.

Sejak kebelakangan ini, Bella dan Syed Saddiq kerap dilihat meluangkan masa bersama selepas dilantik sebagai duta PrimaValet. Pada Januari lalu, mereka juga dilaporkan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat