DAP Hanya ‘Pak Turut’ kepada Pengundi dan Rakyat Malaysia , Bukan Kerajaan – Lim Guan Eng

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menegaskan bahawa parti itu tidak akan menjadi ‘yes-man’ kepada mana-mana pihak walaupun berada dalam kerajaan. Beliau menekankan bahawa kesetiaan utama DAP adalah kepada pengundi dan negara.

Dalam ucapannya di Kongres Kebangsaan DAP ke-18, Lim turut mengulangi sokongan berterusan parti kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Menurutnya, pendirian ini telah konsisten sejak kepimpinan Lim Kit Siang sehingga kini di bawah Loke Siew Fook.

“Kami berbangga kerana telah memainkan peranan dalam membantu beliau menjadi perdana menteri dan kami akan terus menyokong beliau,” katanya.

Namun, Lim menegaskan bahawa sokongan itu tidak bermaksud DAP akan menjadi sekadar pengikut dalam kerajaan.

“Bagaimanapun, biar saya tegaskan bahawa DAP bukan ‘pak turut’ (dalam kerajaan). DAP hanya ‘pak turut’ kepada pengundi kita dan rakyat Malaysia.”

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat