Jalaluddin Nafi Dakwaan 14 MP Umno Tarik Sokongan

- Advertisement -

 

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias, menolak dakwaan bahawa 14 Ahli Parlimen Umno telah menarik balik sokongan mereka terhadap kerajaan perpaduan.

Beliau menyifatkan tuduhan yang tular di media sosial itu sebagai tidak berasas dan hanya satu bentuk provokasi, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Jalaluddin, semua Ahli Parlimen Umno terikat dengan perjanjian serta bon bernilai RM100 juta, yang menghalang mereka daripada bertindak bertentangan dengan keputusan parti.

“Perlembagaan Umno telah dipinda pada 13 Januari 2023 untuk mengelakkan mana-mana Ahli Parlimen bertindak melawan keputusan parti, termasuk menyokong individu tertentu sebagai Perdana Menteri atau membentuk pakatan dengan pihak pembangkang yang bercanggah dengan pendirian parti,” katanya selepas menghadiri satu program di kawasannya semalam.

Jalaluddin, yang juga Pengerusi Umno Negeri Sembilan, berkata spekulasi mengenai perkara ini telah berulang kali dibangkitkan oleh pihak tertentu, tetapi tidak berasas.

Umno kini mempunyai 26 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat, dengan tujuh dari Johor, enam dari Sabah, lima masing-masing dari Pahang dan Negeri Sembilan, dua dari Perak, dan satu dari Kuala Lumpur.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat