Mungkin lepas ini Israel akan ceroboh negara yang lindungi rakyat Palestin – Tun M

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Israel dan Amerika Syarikat (AS) didakwa tidak akan berhenti menyerang dan menceroboh Gaza dan Lubnan memandangkan mereka ‘berseronok’ dengan tindakan kejam itu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, dunia tidak mampu menghalang rejim Israel kerana terlalu takut kepada AS dan negara Eropah.

Secara sarkastik, beliau mendakwa, sebarang tindakan ke atas kroni AS itu, hanya mengundang Perang Dunia Ketiga.

“Israel sudah menceroboh Lubnan. Apa pula selepas Lubnan?

“Hamas dan Hezbollah masih wujud. Mereka mungkin berpindah ke tempat lain.

“Untuk menghapuskan dua kumpulan Palestin ini, Israel perlu menjejak mereka. Adakah selepas ini Israel akan menceroboh pula negara lain yang menerima rakyat Palestin?” soalnya Dr Mahathir dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau lagi, berbekalkan senjata daripada AS dan Eropah, Israel akan terus melakukan pembunuhan beramai-ramai.

“Bersedia untuk ‘disembelih’ oleh AS dan Israel. Kehilangan beberapa juta orang Arab Islam, bukan kerugian besar.

“Teruskan memujuk Israel untuk gencatan senjata. Mereka tidak akan berhenti, mereka seronok dengan apa yang mereka buat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat