Babah” – Kisah emosi dan pengorbanan seorang ayah dalam menjaga anak perempuannya

- Advertisement -

“Babah”, filem terbaru terbitan Nads Media Entertainment, bakal mengajak penonton merasai kasih sayang seorang ayah melalui kisah Isyak, seorang bapa yang penuh pengorbanan dalam menjaga anak perempuannya, Maya. Filem ini diinspirasikan oleh hubungan unik antara seorang ayah dan anak perempuan, yang digarap dalam satu naratif penuh emosi dan keakraban keluarga. Dengan barisan pelakon seperti Qi Razali, Sweet Qismina, dan Cristina Suzanne, ‘Babah’ dijadualkan untuk tayangan di pawagam pada 5 Disember 2024.

Filem ‘Babah’ membawa ilham daripada gabungan dua video viral: satu tentang seorang ayah yang emosional semasa perkahwinan anak perempuannya, dan satu lagi tentang seorang wanita yang bertarung dengan Sindrom Guillain-Barre (GBS), gangguan autoimun yang menyerang sistem saraf. Berdasarkan inspirasi tersebut, penerbit Nadia Nadzri mencipta naratif yang menunjukkan ikatan ayah dan anak yang penuh ketabahan, menampilkan kekuatan kasih sayang seorang ayah dalam menyokong anaknya di saat-saat paling getir.

Dalam ‘Babah’, Isyak, watak utama yang dibawakan oleh Qi Razali, berhadapan pelbagai cabaran demi anak perempuannya, Maya, yang mengharungi pasang surut kehidupan. Maya, yang membesar dengan kasih sayang Isyak, akhirnya terpaksa menghadapi dugaan besar apabila mengalami kehilangan pendengaran dan disahkan menghidap GBS. Dalam situasi ini, Isyak menjadi satu-satunya sandaran Maya. Kisah ini membawa mesej bahawa kasih sayang keluarga, khususnya dari seorang ayah, mampu menjadi kekuatan dalam menempuh kesulitan hidup.

Dalam temuramah, Qi Razali berkongsi pengalamannya mempersiapkan diri untuk watak Isyak yang penuh pengorbanan. “Pada awalnya, bila ditawarkan watak ini, saya terkejut. Sebab kebanyakannya saya selalu bawa watak yang lebih keras. Bila diberi skrip ‘Babah’, saya sedar ini satu peluang untuk benar-benar mendalami perasaan seorang ayah,” ujarnya. Qi turut berkongsi bahawa beliau banyak terinspirasi daripada arwah bapanya sendiri, yang dikenalinya sebagai seorang yang tenang dan penyabar. “Saya belum ada anak, tetapi kasih sayang seorang ayah itu dapat saya rasai melalui contoh arwah ayah saya. Itu yang saya cuba salurkan dalam watak Isyak,” tambahnya.

Dalam ‘Babah’, penulis skrip Wan Rafiq turut mengetengahkan elemen rindu, perasaan yang beliau percaya lebih mendalam daripada kesedihan semata-mata. Menurut Wan Rafiq, rindu menggabungkan kenangan indah dan keikhlasan, dan *Babah* cuba menyampaikan emosi ini untuk dihayati penonton. Qi Razali juga berharap agar filem ini berjaya mencipta hubungan emosi yang mendalam dengan penonton. “Bagi saya, kasih sayang seorang ayah yang tidak ditonjolkan, tetapi cukup mendalam untuk dirasai—itulah yang ingin kita tunjukkan. Saya harap filem ini dapat menyentuh penonton dengan cara yang unik,” kata Qi.

‘Babah’ diarahkan oleh Mohd Shah Faizul Ibrahim, yang memastikan setiap babak terasa nyata dan membawa penonton melalui era yang berbeza dari tahun 1990-an hingga 2020-an. Setiap perincian latar masa, props, dan gaya penyampaian direka untuk mencipta suasana nostalgia. Dengan pendekatan yang realistik ini, filem *Babah* diharapkan menjadi satu pengalaman emosi buat penonton, membawa mereka menyelami makna kasih sayang dan pengorbanan tanpa sempadan antara seorang ayah dan anak perempuannya.

Panji Sakti menyanyikan lagu OST filem Babah yang berjudul Lagu Cinta

BARISAN PELAKON 
Qi Razali, Sweet Qismina, Cristina Suzanne, Adam Lee, Kis Aisha, Dhia Arissa, Daniella Qabeela, Nur Safwa, Olivia Hazama, Arieff Yong 

PRODUKSI 
Isyak Maya Hayati Ikmal Maya (7 tahun) Maya (12 tahun) Maya (1 tahun) Maya (Baru lahir) Adam Kawan Isyak 

TERBITAN PENERBIT 
IDEA ASAL &PENERBIT BERSEKUTU PENERBIT EKSEKUTIF 
PENGARAH SKRIP 
PENGURUS PRODUKSI PENGARAH KREATIF PENULIS SKOR MUZIK PENGARAH FOTOGRAFI LAGU OST 
Nads Media Entertainment Sdn Bhd Wan Rafiq Fadzly bin W Abdulah Nadia Mohd Nadzri 
Ainnur Rahela binti Abdul Rahim Mohd Shah Faizul Ibrahim Wan Rafiq Fadzly bin Abdulah Mat Rawi Muhammad Sity Dayanatul Azryna AG Coco, Kurt Nadjmee 

Rahsia Tuhan-Noh Salleh 
Lagu Cinta -Panji Sakti

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat