Cukuplah! Sampai bila nak tunggang nama Rasulullah? – Nakhaie 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi PERKIM Bahagian Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Nakhaie Ahmad meminta agar tindakan menunggang nama Rasulullah SAW dihentikan kerana ia disifatkan tujuan manusia dan baginda jelas tidak setara.

Meskipun tidak merujuk sesiapa tetapi Nakhaie yang juga bekas Naib Presiden Pas dipercayai mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini memetik nama Rasulullah SAW ketika menyindir Perdana Menteri, Datuk Seri  Anwar Ibrahim berhubung isu gaji.

“Aku ambil gaji kerana Rasulullah pun ambil gaji. Aku berpoligami ikut sunnah Rasulullah. Cukuplah! Sampai bila nak tunggang nama Rasulullah.

“Khumus yang diperuntukkan Allah SWT kepada Rasulullah adalah untuk orang miskin, anak yatim dan lain-lain. 

“Hang  ambil gaji untuk isi tembolok sendiri, untuk bermewah, sedangkan Nabi sanggup berlapar untuk membela orang miskin dan anak yatim.

“Samakah tujuan nabi berpoligami dengan kamu berpoligami? Kamu berpoligami nak bela kaum wanita ke? Atau hanya nak memuaskan nafsu sahaja,” bidas Nakhaie dalam catatan di Facebooknya pada Rabu.

Untuk rekod, Khums atau Khumus (secara harfiah seperlima) dalam Islam adalah kewajiban agama yang diperlukan setiap Muslim untuk membayar se perlima daripada kekayaan yang diperoleh dari sumber-sumber tertentu untuk tujuan tertentu.

Terdahulu, Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan Anwar yang tidak mengambil gaji sejajar dengan jawatan yang disandangnya.

“Sebab kalau tengok dari segi data yang ada, Rasul pun ada peruntukan yang Allah bagi ni, ni nampak lebih daripada Rasul ni.

“Ya mungkin dia (Anwar) malaikat kot, dia tak makan gaji. Ataupun dia mungkin transfer saja, (maksudnya) dia tak ambil tapi dia online.

“Jadi saya minta komen sebab kadang-kadang kenyataan beliau berselindung di sebalik kononnya kerajaan yang ada ini berselindung kami pun tak ambil gaji, Perdana Menteri pun tak ambil gaji,” seloroh Tuan Ibrahim di Dewan Rakyat pada Isnin.

 

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat