“Tugas saya sampai di sini, keadilan buat arwah Zayn Rayyan” – peguam tak lagi wakili Ismanira

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam dari Tetuan Emir Mahmud & Co, Mahmud Jumaat mengesahkan beliau tidak lagi mewakili Ismanira Abdul Manaf iaitu ibu Zayn Rayyan, kanak-kanak yang mati dibunuh 6 Disember tahun lalu, sebelum sebutan semula kes pengabaian ke atas Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Mateen, hari ini.

“Ya, saya tidak lagi mewakili ibu Zayn Rayyan (Ismanira Abdul Manaf).

“Tugas saya hanya sampai di sini. Semoga ada keadilan buat arwah. #Justice4ZaynRayyan,” lapor Harian Metro, hari ini.

Akhbar itu pada 4 Jun lalu melaporkan, kontroversi membabitkan Mahmud menarik perhatian apabila memaklumkan beliau tidak lagi mewakili ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Berselang tiga hari kemudian, keluarga Ismanira tampil dengan penjelasan mereka memang sepakat melantik Mahmud untuk mewakili adik mereka sejak awal lagi.

Mengenai apakah kemungkinan Ismanira akan diwakili peguam Fahmi Abd Moin yang mewakili suaminya, Mahmud berkata dia tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu.

“Itu terserah kepada mereka. Tugas saya hanya sampai di sini.

“Saya rasa, saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini. Saya doakan keadilan akan bersama kita semua,” katanya.

Untuk rekod, pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadap kanak-kanak itu.

Zaim dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya, Zayn Rayyan, 6, mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Pada 6 Disember tahun lalu, mayat anak kandung mereka itu ditemui dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat