Kesian Annuar bukan calon PRK Nenggiri, sindir Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Puad Zarkashi, melahirkan rasa ‘simpati’ kepada Tan Sri Annuar Musa kerana tidak dicalonkan untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Menurut Puad, Annuar terpaksa menunggu 4 tahun lagi untuk jadi calon mewakili PAS.

“Simpati juga kerana Annuar bukan calon PRK Nenggiri. Nenggiri kerusi Bersatu. Annuar ahli Pas. Parlimen Gua Musang tidak kosong pula.

“Kesian Annuar kena tunggu 4 tahun lagi. Lama sangat.

“Rugi lompat parti di umur senja kerana tidak ada istilah taubat politik kecuali taubat nasuha,” tempelak Puad di Facebooknya pada Isnin.

Yang di-Pertua DUN Johor itu malah menyebut, Annuar sebelum ini membayangkan calon di Nenggiri ada style, berpengalaman, matang dan baik segalanya.

“Mungkin mesej Annuar ialah pakej itu ada padanya.

“Tetapi Annuar bukan calon.

“Semasa (Datuk Seri)Ismail Sabri jadi Perdana Menteri dia tolak usul PAT UMNO cepatkan PRU. Sekarang dia mesti mahu PRU cepat,” dakwa Puad lagi. – SuaraTV

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat