23 kapal China ceroboh laut Filipina

- Advertisement -

MANILA — Sebanyak 23 kapal China telah dikesan menceroboh perairan laut Filipina di luar Ayungin (Second Thomas) Shoal.

Kehadiran penceroboh haram ini berulang hanya beberapa hari selepas dialog antara Manila dan China.

Bahkan kali ini dengan kehadiran kapal pengawal pantai terbesar dunia-China Coast Guard 5901 yang terlihat di luar Escoda (Sabina) Shoal.

Pada hari Khamis, CCG dan kapal militia maritim China telah dikerahkan dalam formasi “sekatan” dua baris berhampiran Ayungin.

Dilaporkan S23 kapal China telah dikesan di luar Terumbu Panganiban (Mischief) pada Rabu.

Pada malam Rabu di Escoda Shoal di Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Filipina, kapal besar China seberat 12,000 tan, CCG 5901 dilihat sedang mengawasi BRP Teresa Magbanua.

Setakat pagi Khamis, “The Monster” berada hanya 600 meter dari kapal Pengawal Pantai Filipina (PCG).

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat