River of Life belum berjaya capai objektif, dijangka tidak akan siap tahun ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) menyebut objektif Projek Sungai Nadi Kehidupan atau River of Life (RoL) masih belum berjaya dicapai terutamanya untuk meningkatkan kualiti air sungai terbabit ke Kelas IIB (yang sesuai disentuh bagi tujuan rekreasi).

Bahkan projek berkenaan juga dijangka tidak akan siap pada tahun ini.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) siri 2/2024 itu lagi, setakat Julai 2023, sebanyak 12 projek masih dalam peringkat pra pelaksanaan, lapan projek dalam pelaksanaan dan kontraktor penyiap belum dilantik bagi dua projek yang kontrak telah ditamatkan.

Sehingga Disember 2023, sebanyak RM3.915 bilion telah dibelanjakan daripada peruntukan RM4.363 bilion.

Selain itu, 147 aset pembersihan sungai didapati tidak beroperasi kerana rosak, telah dirobohkan atau tidak boleh digunakan.

Tempoh pembaikan aset rosak pula mengambil masa sehingga empat tahun tiga bulan.

LKAN juga mendapati hanya 50 (16.9 peratus) daripada 296 loji rawatan kumbahan berjaya dirasionalisasi atau dinaik taraf.

Kelewatan penyiapan bagi tiga projek dan penamatan satu projek pembetungan telah menyebabkan peningkatan kos dianggarkan sehingga RM234.72 juta.

Seterusnya, LKAN juga mendapati Kerja Pengindahan Sungai juga tidak dilaksanakan di sepanjang 2.2 km Sungai Gombak.

Pembinaan dan pembaikan 2 unit collapsible weir berjumlah RM33.37 juta tidak berjaya mencapai objektif kerana satu unit tidak beroperasi manakala satu unit tidak berjaya disiapkan.

Manakala, 17 kemudahan dengan kos pembinaan RM13.21 juta masih belum dimanfaatkan.

Projek itu merupakan antara isu signifikan dalam LKAN kali ini, yang mengandungi sembilan pengauditan melibatkan 11 kementerian dengan nilai kos keseluruhan program/projek/aktiviti yang diaudit berjumlah RM41.970 bilion.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat