Pameran Palet Budaya : Interaksi Seni & Gastronomi dilanjutkan sehingga 31 Mei ini

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Balai Seni Negara dalam kenyataannya memaklumkan pameran Palet Budaya: Interaksi Seni dan Gastronomi akan dilanjutkan sehingga 31 Mei ini, berikutan permintaan yang menggalakkan.

Mengikut rekod bermula dari Disember 2023 sehingga April lalu, pihaknya telah menerima seramai 24,337 pengunjung.

Menurutnya, pameran ini merupakan Koleksi Seni Negara yang menghimpunkan sebanyak 22 buah karya, hasil pengkarya tempatan dan antarabangsa.

Antaranya Syahrulfikri Razin Salleh, Ham Rabeah Kamarun, Zainuddin Abidin Hazir, Harris Abadi, Muhammad Hawari Berahim, Ismail Hashim, Pangrok Sulap dan pengkarya dari negara Filipina.

Katanya, pameran ini bukan sekadar sebuah pameran lukisan tetapi ia membawa peminat seni visual melihat refleksi sejarah dan kekayaan budaya yang tersembunyi dalam interaksi masyarakat melalui makanan.

“Ia menggabungkan karya-karya seni terpilih dengan konsep yang memaparkan perhubungan erat antara seni, budaya, sosial, tradisi, dan ekonomi, ”katanya lagi.

Di samping itu, pameran ini juga menggambarkan identiti, pemikiran serta pengalaman dan ianya merupakan tempat terbaik buat para pengunjung untuk mengenal budaya Malaysia melalui seni, ”menurut kenyataan itu lagi.

Orang ramai dijemput untuk melawat dan menghayati pameran ini di Galeri 3A, Balai Seni Negara. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat