5,000 anak perantau Pahang dapat baucer petrol dan diesel sempena Aidilfitri – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut Aidilfitiri tahun ini, kerajaan negeri Pahang menerusi Sekretariat Perantau Anak Pahang memberi sumbangan berbentuk 5,000 baucer petrol dan diesel kepada perantau anak Pahang.

Menurut Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail, program ini dapat membantu meringankan tanggungan kewangan perantau anak Pahang yang ingin pulang berhari raya.

Kata Wan Rosdy, pada permulaan, sekretariat hanya membuka pendaftaran kepada 1,000 perantau sahaja.

“Oleh kerana sambutan yang menggalakkan hampir 22,000 orang perantau mendaftar berbanding sasaran awal dibuka kepada 1,000 orang sahaja.

“Maka kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk menambah senarai penerima dari 1,000 kepada 5,000 orang.

“Baucer petrol dan diesel bernilai RM50 ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM300 ribu,” kata beliau kepada media selepas Majlis Penyerahan Baucar Minyak Petrol / Diesel sempena Program Moh Balik Beraya ke Pahang, di Stadium Titiwangsa, di sini, malam tadi.

Jelas Wan Rosdy, pada hari ini, seramai 1,000 penerima awal telah menerima baucer dan bakinya 4,000 orang akan menerima baucer tersebut dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, kata Wan Rosdy lagi, ini adalah program kedua yang dianjurkan Sekretariat Perantau Anak Pahang selepas kejayaan Program Larian Tok Gajah 18 Februari lalu melibatkan 1,500 peserta terdiri di kalangan Perantau Anak Pahang.

Beliau juga berharap agar Kerajaan Negeri yang ada pada hari ini dapat dinilai berdasarkan prestasinya yang cemerlang dan bukannya persepsi-persepsi negatif yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk menimbulkan syak wasangka buruk terhadap Kerajaan Negeri.

“Apa yang penting hasrat dan harapan kami agar saudara-saudari terus menyokong segala perancangan dan usaha berterusan kami untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat Pahang di Perantauan.

“Pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan yang disalurkan adalah Bantuan Prihatin Pahang, Program Pahang Makmur yang kita jenamakan semula daripada program Pahang Pride, bantuan rumah percuma kepada rakyat miskin menerusi Rumah Rakyat Pahang dan pelbagai lagi.

“Dan menerusi Bantuan Prihatin Pahang sahaja Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM100 juta ringgit sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2022 sehinggalah hujung tahun lalu,” katanya-SUARATV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat