Isu Kampung Baru Cina, Bak Kut Teh tak kukuh integrasi kaum, cetus polemik panjang- Ismail Sabri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kenyataan seumpama mengangkat Kampung Baru Cina sebagai tapak warisan UNESCO dan Bak Kut Teh sebagai makanan warisan tidak akan mengukuh integrasi kaum.

Malah boleh menimbulkan polemik yang berpanjangan, kata Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bekas Perdana Menteri itu menegaskan,sensitiviti kaum perlu dijaga.

“Maka tanggungjawab yang besar perlu digalas oleh pemimpin supaya lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan khususnya dalam menghormati penduduk asal yang merupakan
majoriti di negara ini.

“Amat menyedihkan selepas hampir 70 tahun negara mencapai kemerdekaan masih ramai yang tidak mampu menguasai Bahasa Melayu dengan baik lagi betul,” katanya ketika perbahasan menjunjung kasih Titah Diraja pada Khamis.

Ismail Sabri menyatakan, kita masih gagal dalam memupuk perpaduan sebagai sebuah negara bangsa yang sebenar-benarnya.

Jelas beliau, integrasi kaum hanya pada lapisan formal, tidak menjalar sehingga ke akar umbi.

“Oleh itu, saya menjunjung dan menyokong saranan Yang di-Pertuan Agong supaya jurang defisit sosial perlu dirapatkan segera,” kata Ismail Sabri.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat