Ismail Sabri tanya kerajaan, status tukar Najib dari penjara ke tahanan rumah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membangkitkan persoalan kepada kerajaan berhubung status menukarkan tempat tahanan Datuk Seri Najib Razak dari Penjara Kajang ke tahanan rumah.

Dalam perbahasan Titah Diraja pada Khamis, bekas Perdana Menteri itu mengemukakan soalan kepada kerajaan, katanya sewaktu membuat rayuan pengampunan Najib beliau difahamkan ada lampiran supaya Najib ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

Malah Ismail Sabri turut difahamkan penukaran tahanan penjara ke tahanan rumah itu ada di dalam
petisyen permohonan.

“Adakah ini benar atau tidak?

“Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan Najib? soal Ahli Parlimen Bera itu.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Yang di-Pertuan Agong sudah memberi isyarat jelas
kepada kita semua agar terus bersatu hati membina kembali negara dengan rakyat sebagai keutamaan.

“Mari kita rapatkan saf untuk bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang maju,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat