Bersatu berdepan krisis Perlembagaan, tindakan Rashid ‘tempeleng maut’ buat Azmin -Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bersatu didakwa akan berdepan dengan krisis Perlembagaan parti sekiranya pindaan itu tidak terpakai sebelum diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, tindakan ADUN Selat Klang, Datuk Rashid Asari menyokong kepimpinan Menteri Besar Selangor merupakan tempeleng maut kepada Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Jika benar ada lima lagi ADUN akan ikut jejak Rashid bermakna Azmin Ali tidak solid di Selangor.

“Dia bukan poster boy Bersatu di Selangor,” bidas Puad.

Kata Speaker DUN Johor itu lagi, Rashid melakukan ‘kamikaze’ kerana Bersatu baru pinda Perlembagaan parti.

“Dia (Rashid) tidak takut pada pindaan.

“Dia lebih takut kapal Bersatu yang akan karam,” dakwa Puad.

Beliau malah mengingatkan Azmin berkenaan langkah-langkah yang pernah terkait dengan bekas Timbalan Presiden PKR itu.

“Azmin kata, rakyat penat tengok gelagat ahli Parlimen dan ADUN Bersatu alih sokongan.

“Dia lupa, dia pernah buat rakyat penat dengan “Langkah Sheraton” dan kini “Langkah Dubai”, tempelak Puad lagi.

Semalam, ADUN Selat Klang mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Amiruddin Shari.

Bekas Pengerusi Bersatu Selangor itu memaklumkan tindakan mengalih sokongan beliau itu akibat daripada beberapa siri tindakan Perikatan Nasional (PN) terutamanya PN Selangor yang dilihat berdiam diri terhadap tohmahan yang dilontar kepada Raja-raja Melayu.

Tegas beliau, ini adalah berlawanan dengan prinsip orang Melayu beragama Islam.

Mengulas lanjut, Rashid juga menyatakan beliau mengambil keputusan ini bagi memastikan kesejahteraan rakyat Negeri Selangor terutama penduduk di kawasan N44 Selat Klang yang akan menerima manfaat dari kerajaan yang stabil serta padu.

“Saya kekal komited sebagai ahli Bersatu dan akan terus berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri N44 Selat Klang,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat