KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan segera RM6 juta bagi membina alur limpah di Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok.
Perdana Menteri berkata, pembinaan alur limpah itu akan dibuat di tiga lokasi di kawasan projek berkenaan.
“Untuk benteng projek PLSB yang pecah pagi kelmarin, kita tidak tahu apa punca, namun langkah yang dicadangkan adalah membuat benteng sementara.
“Pada masa sama, akan dibuat alur limpah di tiga lokasi dan ia akan dilakukan dengan kadar segera,” katanya pada sidang media selepas melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, di Pasir Mas, Kelantan, lapor BH.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.