Zahid, nakhoda gagal bawa kapal karam – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS akan terus berusaha menyelamatkan pemimpin dan ahli Umno daripada terus karam.

Sama ada menyelamatkan kapal Umno atau menjemput mereka menyertai kapal yang lain, kata Ketua Penerangan PAS.

Ahmad Fadhli Shaari menegaskan, perpaduan ummah tidak pernah akan bernoktah usahanya.

“Presiden Umno ialah nakhoda yang sedang membawa kapalnya karam. Saya sifatkan Presiden Umno ialah nakhoda gagal yang sedang membawa kapalnya karam.

“Sayangnya, ‘anak-anak kapal’ sekelilingnya tiada yang berani menegur bahkan hanya berperanan menjadi tukang ampu sedangkan sangat jelas kapal yang sedang dinaiki karam sedikit demi sedikit,” katanya.

Biarlah Presiden Umno menyatakan PAS ‘gila talak’, hakikatnya yang ‘gila talak’ inilah yang menang lebih besar berbanding yang sedang mengata nista, bidas Ahli Parlimen Pasir Mas itu lagi.

“Realitinya posisi sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar Bandar pun gagal dimanfaatkan untuk memikat undi masyarakat luar bandar khususnya orang-orang Melayu.

” Satu-satunya ‘kejayaan paling besar’ Datuk Seri Zahid ialah menyelamatkan dirinya dari terus didakwa atas 47 pertuduhan jenayah walaupun harganya ialah kerajaan Malaysia menghadapi kecaman dari dalam dan luar negara.

“Sayangnya yang berdegar-degar melaungkan agenda reformasi itulah yang sedang menjulang agenda menyelamatkan Zahid.

” Jika Ronin 47 ialah kisah sekumpulan samurai yang sanggup berkorban demi harga diri dan maruah mereka, maka Zahid 47 ialah kisah seorang tokoh yang sanggup menenggelamkan bahtera perjuangannya sendiri. Benar atau tidak, tunggulah sahaja,” ujar beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat