Polis nafi tahan Papagomo ketika buat live

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan telah menahan blogger kontroversi, Papagomo, atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya menafikan bahawa Papagomo ditahan semasa membuat sesi siaran langsung menerusi media sosial miliknya.

“Pihak polis tidak membuat sebarang tangkapan ke atas Papagomo, semalam,” lapor BH.

Dakwaan Papagomo ditahan timbul selepas blogger, Raja Petra Raja Kamarudin, telah mengumumkan di aplikasi X (dahulu Twitter) bahawa Papagomo telah ditahan semasa sedang berlangsung sesi langsung di platform media sosial TikTok.

“Papagomo baru kena tangkap semasa buat TikTok live. Sebab itu Allah perintah Nabi Muhammad SAW berhijrah ke tempat di mana ada kebebasan bersuara.

“Dan saya ikut Sunnah Nabi dan berhijrah ke England. Ikut Sunnah Nabi wajib bagi orang Islam,” katanya di X.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat