Anwar puas hati sokongan rakyat kepada BN di Kemaman, tak setuju Umno susah dapat sokongan Melayu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menyatakan beliau berpuas hati dengan prestasi sokongan rakyat kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, Sabtu lalu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya kurang bersetuju dengan kenyataan yang menyifatkan Umno masih jauh daripada berjaya dalam usahanya untuk mengembalikan kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu juga berpuas hati dengan maklum balas diterima pada mesyuarat antara kepemimpinan PH dengan Umno, semalam.

“Tidak juga (berhubung Umno dilihat masih sukar mendapatkan semula sokongan rakyat)… kalau kita tengok peratusan undi, ada sedikit penyusutan undi PAS.

“Tetapi nampak (pengundi) UMNO belum dapat… belum keluar (mengundi dan ini) mungkin patut diberi penjelasan.

“Semalam, kita ada mesyuarat antara pimpinan PH dengan UMNO. Saya berpuas hati, nampak mereka kerah ke akar umbi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Profesion Teknikal Negara, lapor BH di Putrajaya pada Selasa.

Terdahulu, Umno dikatakan masih jauh daripada berjaya dalam usaha untuk mengembalikan kepercayaan pengundi Melayu kepada parti itu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, dipetik berkata tugas mengembalikan kepercayaan pengundi Melayu ke pangkuan UMNO ketika ini adalah tugas sukar, namun bukan mustahil.

Pada PRK Parlimen Kemaman, Sabtu lalu, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakili BN, tewas kepada calon PAS yang juga Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dengan majoriti 37,220 undi.

Ahmad Samsuri memperoleh 64,998 undi berbanding 27,778 yang diraih Raja Mohamed Affandi.

Mengulas kemenangan Ahmad Samsuri, Anwar yang juga Menteri Kewangan, berharap Naib Presiden PAS itu dapat menjalankan tugasnya dengan lebih baik.

“Saya mengucapkan tahniah atas kemenangan Ahmad Samsuri. Beliau memberikan sekurang-kurangnya kelegaan kerana memberikan imej yang sederhana daripada sikap pemimpin PAS yang jauh lebih ekstrem.

“Mudah-mudahan (kemenangan Ahmad Samsuri) dapat meredakan suhu politik yang terlalu panas,” kata Ahli Parlimen Tambun itu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat