Ismail Muttalib masuk IJN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Perkembangan kesihatan Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu dimaklumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sebelum sesi persidangan hari ini bermula.

Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.

“Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita berada di Intensive Cardiac Care Unit (ICCU) di IJN, dan beliau tidak boleh dilawati.

“Namun kita berdoa lah ya agar sahabat kita di lindungi Allah dan sembuh dengan segera,” katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat