Lelaki Norway jumpa emas kurun ke-6 selepas ikut nasihat doktor

- Advertisement -

OSLO – Seorang lelaki Norway yang keluar berjalan kaki kerana mematuhi nasihat doktor, menemui barang kemas diperbuat daripada emas yang berasal dari kurun ke-6, kata ahli-ahli arkeologi hari ini.

Dia melakukan penemuan itu dengan menggunakan alat pengesan logam yang baru dibelinya.

Pada mulanya, saya menyangka ia duit syiling coklat atau syiling Kapten Sabertooth,” kata Erlend Bore yang merujuk kepada legenda lanun Norway

Penemuan itu merangkumi sembilan medalion emas Norway dan mutiara emas yang dahulunya membentuk seutas kalung di samping tiga cincin emas.

Kesemua emas yang ditemui memiliki berat lebih 100 gram.

Bore melakukan penemuan itu di sebidang tanah petani yang terletak dekat Stavanger, Ogos lalu selepas membeli alat pengesan logam atas nasihat doktornya supaya dia lebih banyak bersenam.

Penemuan tersebut kemudian diambil alih oleh pasukan arkeologi Norway. – AFP

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat