Amirudin pegang lima portfolio utama

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menggalas lima portfolio utama negeri, termasuk pembangunan tanah dan sumber alam; serta kewangan dan tindakan ekonomi.

Selain itu, beliau turut memegang portfolio pemodenan pentadbiran dan pendigitalan kerajaan; komunikasi strategik; serta pendidikan dan pembangunan modal insan.

Tiga Adun yang dilantik semula iaitu Izham Hashim (Pandan Indah), Borhan Aman Shah (Tanjung Sepat), dan Ng Sze Han (Kinrara) turut dipertanggungjawabkan dengan pembangunan negeri.

Izham diberi portfolio kemajuan prasarana serta pemodenan pertanian dan perladangan; Borhan menggalas perumahan dan pembangunan bandar lestari; manakala Sze Han dipertanggungjawabkan dengan pelaburan dan perdagangan, pembangunan industri kecil dan sederhana dan wilayah ekonomi baharu, serta mobiliti.

Barisan Exco turut menampilkan tujuh muka baharu, iaitu Fahmi Ngah (Seri Setia), Najwan Halimi (Kota Anggerik), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama), Papparaidu Veraman (Banting), Anfaal Saari (Taman Templer), dan Rizam Ismail (Sungai Air Tawar).

Amirudin mengumumkan portfolio Exco negeri selepas mempengerusikan mesyuarat pertama exco Selangor bagi penggal ke-15.

Komposisi kerajaan perpaduan PH-BN itu merangkumi DAP (empat); PKR (tiga); Amanah (dua), dan BN (satu).

Berikut senarai penuh Exco Selangor dan portfolio masing-masing:

1. Amirudin Shari (Menteri Besar)
Pembangunan tanah dan sumber alam
Kewangan dan tindakan ekonomi
Pemodenan pentadbiran dan digitalisasi kerajaan
Komunikasi strategik
Pendidikan dan pembangunan modal insan

2. Ng Szhe Han (pelaburan, perdagangan dan mobiliti)

Pelaburan & perdagangan
Pembangunan IKS & wilayah ekonomi baharu
Mobiliti Selangor
Pengerusi bersama Jawatankuasa Khas
Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas)

3. Izham Hashim (infrastruktur dan pertanian)

Kemajuan infrastruktur
Pemodenan pertanian dan perladangan

4. Borhan Aman Shah (perumahan dan kebudayaan)

Perumahan dan pembangunan bandar lestari
Kebudayaan, adat istiadat Melayu dan warisan

5. Ng Suee Lim (kerajaan tempatan dan pelancongan)

Pembangunan kerajaan tempatan
Pelancongan
Pembangunan kampung baharu
Pengerusi bersama Limas

6. Rizam Ismail (kemajuan desa dan perpaduan)

Kemajuan desa dan luar bandar
Kemampanan kampung tradisi
Perpaduan nasional

7. Jamaliah Jamaluddin (kesihatan awam & alam sekitar)

Kesihatan awam
Alam sekitar, perubahan iklim dan teknologi hijau

8. Najwan Halimi (belia, sukan dan keusahawanan)

Pembangunan belia dan kemajuan sukan
Pemberdayaan usahawan dan ekonomi kreatif
Pengurusan bencana

9. Papparaidu Veraman (sumber manusia & pembasmian kemiskinan)

Sumber manusia
Pembasmian kemiskinan
Hal ehwal Orang Asal & minoriti
Pengerusi bersama Limas

10. Mohammad Fahmi Ngah (Agama Islam & pembudayaan inovasi)

Hal ehwal agama Islam
Industri halal
Infrastruktur digital
Pembudayaan sains, teknologi & inovasi

11. Anfaal Shaari (pembangunan wanita & kebajikan masyarakat)

Pemberdayaan wanita & keluarga
Kebajikan masyarakat
Ekonomi penjagaan (care economy)

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat