9 September PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Manakala 26 Ogos sebagai hari penamaan calon.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh, berkata hari pengundian awal pula ditetapkan pada 5 September ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

“Tempoh berkempen bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding pada 26 Ogos 2023 sehingga jam 11.59 malam, 8 September 2023,” katanya pada sidang media di Putrajaya pada Khamis.

Pada 25 Julai lepas, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P161 Pulai dan DUN N13 Simpang Jeram berikutan kematian penyandangnya Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Salahuddin, 61, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Salahuddin dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Serkat, Pontian, Johor pada 24 Julai.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat