Rafizi Kekal Ceramah ‘Berat’ Tak Mahu Bodohkan Rakyat

KUALA LUMPUR- Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli kekal dengan pendiriannya menyampaikan kandungan ceramah yang ‘berat’ meskipun dikritik sperti program ekonomi kerajaan.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan beliau tidak akan sesekali membodohkan rakyat dengan ceramah berunsur maki hamun yang dianggap popular.

“Ramai yang minta saya kurangkan berceramah perkara yang berat-berat macam program ekonomi kerajaan, supaya yang lebih cenderung kepada ucapan maki hamun dan lawak bodoh lebih berminat nak dengar.

“Dulu-dulu masa saya berceramah terangkan skandal kewangan seperti 1MDB, Tabung Haji, Felda dan lain-lain – komen yang sama yang diberikan kepada saya.

“Memanglah ramai yang lebih suka placebo dalam hidup – gejala malas nak fikir dan nak semua mudah. Sebab inilah orang kita selalu ketinggalan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Khamis.

Kata Rafizi, menjadi pemimpin yang pegang amanah adalah sebahagian tanggungjawab.

“Kita mesti memberi pencerahan supaya akal rakyat dapat menilai, disamping berdoa Allah buka hati pengundi untuk memilih kebenaran.

“Bukan membodohkan rakyat hanya untuk mendapat undi dengan mengelak dari berbincang perkara serius dan membakar emosi rakyat mencari placebo.

“Biarlah yang maki hamun itu mendabik dada konon popular, tetapi menanggung beban hasil dari pembodohan rakyat.

“Kerana rakyat yang cerdik adalah anugerah terbaik sesebuah negara, maka marilah kita berlumba-lumba mencerdikkan rakyat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat