KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan segala keputusan kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) Bersatu untuk menentukan sama ada dia akan terus menjawat jawatan Presiden atau sebaliknya.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) juga menyatakan bahawa beliau akan akur dengan ketetapan yang akan dibuat MKT berhubung kedudukannya.
“Saya akan bawa kedudukan saya pada Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) parti untuk mereka putuskan.
“Kerana saya berbeza dengan Datuk Wan Saiful Wan Jan, saya adalah presiden yang dipilih oleh parti.
“Saya akan serah kepada MKT dalam tempoh paling dekat apa sahaja keputusan mereka buat saya akan akur,” katanya ketika ditanya sama ada sedia melepaskan jawatannya dalam Bersatu atau pun tidak.
Wan Saiful sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan Bersatu selepas berdepan pertuduhan rasuah di mahkamah.
Katanya, tindakan itu untuk menetapkan satu standard supaya pertuduhan dihadapi tidak menimbulkan salah pandangan terhadap parti.