‘Diam diri bila tak tahu nak jawab kontroversi’ – Aedy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Nama Aedy Ashraf tidak surut daripada kontroversi, aktor berusia 30 tahun sering kali memilih jalan mendiamkan diri.

Bukan ‘pengecut’, sebaliknya Aedy atau nama sebenarnya, Mohammad Addy Ashraf Rosmadi mempunyai alasan berbuat demikian.

Sebelum itu, beberapa gambar dan video percutian yang dimuat naik di Instagram (IG) menimbulkan perbualan hangat apabila dilihat menayangkan badan dan berseluar pendek, sambil memegang papan luncur.

Ini termasuklah kontroversi rakaman video dan foto Aedy yang juga anak pelakon veteran, Liza Zain sedang berhibur dan bercumbu dengan wanita di kelab malam.

Aedy sebelum itu juga dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Amelia Henderson, namun hubungan putus di tengah jalan.

Mengulasnya, Aedy berkata, itu adalah pilihan saya. Lebih baik mendiamkan diri daripada bercakap perkara yang tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya.

“Jadi, ‘silent is the best treatment’, ia selalunya begitu. Tetapi, ini cara saya, tak tahulah cara orang lain bila berdepan kontroversi.

“Saya tak kisah jadi buruan media, malah tidak penat pun. Saya hanya tidak perlu menjawab panggilan dan jarang keluar rumah.

“Hari ini, saya hadir sebab Ben Ali adalah kawan baik. Kami berkawan sejak saya berusia 16 tahun dan persahabatan kami sudah lebih 10 tahun.

“Jadi, pelbagai perkara yang kami lalui dan bila Ben berjaya, tentunya saya menyokong. Sekiranya acara lain, mungkin saya tidak datang.

Saya lagi suka duduk rumah,” katanya kepada BH Online.

Aedy ditemui pada majlis pra pelancaran dan sidang media Absolut Bazar x Festival Gaya Raya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

Pelakon drama Budak Tebing itu berkata, kontroversi tidak mengganggu kesihatan mentalnya.

“Saya bukannya satu atau dua tahun berada dalam industri. Pejam celik sudah lebih 23 tahun

“Jadi, saya tahu permainan industri dan apa yang saya patut dan sebaliknya saya buat.

“Namun, sebagai manusia, saya juga tidak terlepas melakukan perkara yang membuatkan orang bercakap di belakang.

“Penghujungnya, saya hanya manusia biasa,” katanya.

 

Kontroversi tidak pernah mengganggu kesihatan mentalnya, apatah lagi, sudah 23 tahun bergelar anak seni. - Foto IG Aedy Ashraf
Kontroversi tidak pernah mengganggu kesihatan mentalnya, apatah lagi, sudah 23 tahun bergelar anak seni. – Foto IG Aedy Ashraf

 

Mengulas adakah selesa bila digelar artis sensasi, Aedy mempersoalkan, adakah ia bagus atau sebaliknya?

“Jika bagus, mengapa tidak. Kalau tidak bagus, saya memang tak selesa.

“Namun, saya tiada kuasa nak tutup mulut orang menggelarkan saya apa sahaja. Apa yang boleh saya buat, bertindak dengan jalan terbaik untuk diri saya.

“Saya juga tak baca komen netizen. Namun, saya pernah melalui satu perkara yang membuatkan mental saya terganggu, kira-kira 10 tahun lalu.

“Ia benar-benar memberi kesan kepada saya. Saya pernah bergandingan dengan Nelydia Senrose menerusi drama Cinta Tiada Ganti.

“Malangnya, netizen tak suka, saya kena hentam teruk dalam Twitter dan Instagram,” katanya yang mewarisi bakat lakonan menerusi ibunya, pelakon veteran, Liza Zain.

Tambah Aedy, dia dikecam apabila netizen menganggap drama dan wataknya tak bagus.

“Tetapi, saya tetap kena teruskan memandangkan masih ada baki penggambaran. Ketika itu, ada masa beberapa bulan untuk selesaikan penggambaran.

“Ini kerana penggambaran mengambil masa selama sembilan bulan. Jadi, komen netizen itu mengganggu kesihatan mental.

“Bangun pagi saya terpaksa buka laman sosial, ia menjadi makanan tak baik untuk saya,” katanya.

Tidak menyangkal kecaman netizen sangat memberi kesan kepadanya, Aedy berkata, apa yang dilakukan tidak membuka Twitter dan Instagram.

“Rasanya tiga bulan juga saya tengok media sosial.

“Sebabnya, saya tiada kuasa nak tutup mulut orang. Jadi, dari situ saya belajar untuk tidak membaca komen,” katanya yang kini bergandingan bersama Nabila Razali dalam drama Kerana Cinta Itu Ada yang akan ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat