Samsung perkenal tiga variasi S23

- Advertisement -

Pengeluar perkakas elektronik dan peranti pintar terkemuka, Samsung mengumumkan secara rasmi pengenalan peranti baharu kelas perdana mereka daripada generasi Samsung Galaxy S23.

Untuk generasi Galaxy S23 berkenaan, ia didatangkan dengan tiga variasi iaitu Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra yang mempertaruhkan keupayaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2.

Bagi ketiga-tiga variasi berkenaan, Galaxy S23 Ultra adalah kelas tertinggi untuk generasi berkenaan dengan spesifikasi ukuran skrin 6.8 inci QHD+ Edge bersama paparan Dynamic AMOLED 2X Display.

Memenuhi kehendak pengguna pada hari ini, peranti itu juga didatangkan dengan teknologi paparan Super Smooth 120Hz bersama 240Hz Touch Sampling khusus untuk mod permainan.

Paling mengagumkan untuk siri Galaxy S23 Ultra adalah tetapan empat lensa dengan sensor utama 200 megapiksel (MP) sekali gus menghasilkan imej kualiti umpama kamera DSLR.

Ia juga turut didatangkan dengan 12MP lensa sudut ultra lebar, dua 10MP lensa telefoto serta 200MP lensa sudut lebar.

Pengguna juga boleh memilih untuk variasi tetapan memori (RAM) 12 bersama storan bermula 256GB sehingga 1TB mengikut kesesuaian.

Keupayaan peranti itu juga akan mengubah definisi sebenar fotografi mudahalih dengan beberapa mod khusus seperti Astrophotography untuk rakaman imej angkasa dan keupayaan imej pada pencahayaan kurang.

Bagi siri Galaxy S23, keupayaan kamera sememangnya dititik beratkan malah ini adalah peranti Android paling berkuasa yang diperkenalkan.

Menyentuh variasi S23 serta S23 Ultra pula, kedua-dua spesifikasi teknikalnya hampir sama kecuali beberapa bahagian termasuk ukuran skrin iaitu Galaxy S23 didatangkan dengan 6.1 inci FHD+ manakala S23+ adalah 6.6 inci FHD+.

Kedua-dua variasi ini mempunyai tetapan kamera yang sama iaitu 50MP untuk lensa utama dengan kapasiti bateri 3,900mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Tanda harga untuk Galaxy S23 Ultra bermula RM5,699 manakala untuk Galaxy S23+ bermulaRM4,699 dan Galaxy S23 (RM3,899).

Disiarkan pada: Februari 2, 2023 @ 10:22am
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat