Syahadah menang trofi CWFF di Perancis

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menutup tirai 2022, warga kerja RTM mencapai kejayaan membanggakan apabila program dokumentari Syahadah terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes (CWFF), Isnin lalu.

Kemenangan berganda direkodkan apabila episod sama dengan judul Hijrah Muhibah (Migration Goodwill Malaysia) turut dijulang pemenang kategori Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik pada Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok (BKK Short Doc) pada 30 November lalu.

Dua kejayaan besar pada peringkat antarabangsa ini menjadi aspirasi penggerak dalam menjana peluang penciptaan bahan bertaraf dunia oleh RTM.

Penerbit program, Azry Ahmad Mustafa Hadi berkongsi rasa gembira dapat merakamkan realiti dilalui masyarakat beragama Islam dan Kristian di Lutong, Miri, Sarawak yang mengamalkan semangat muhibah, dalam program berkenaan.

Bagi penonton yang sebelum ini ketinggalan menyaksikan episod itu, RTM menayangkan semula episod Hijrah Muhibbah di TV1 mulai jam 10.30 malam ini.

Dokumentari Syahadah mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes dan Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik, BKK Short Doc.
Dokumentari Syahadah mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik pada Festival Filem Dunia Cannes dan Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik, BKK Short Doc.

 

Program sama boleh ditonton di TV Okey pada jam 4.30 petang, Ahad ini.

Hijrah Muhibah membawa penonton menyaksikan proses penghijrahan beribu batu oleh guru agama dari Terengganu, Mohd Zulkifli Mohd Adnan ke Lutong, Miri, Sarawak.

Atas nasihat pembimbing dan ibu bapa, Zulkifli mengambil langkah berani berhijrah ke tempat baharu.

Selepas melalui pengalaman menyeronokkan hidup dalam suasana muhibah antara penduduk berlainan agama di Lutong, akhirnya, Zulkifli akhirnya menjadi pemastautin tetap di wilayah baharu itu.

Semangat muhibah dalam kalangan penduduk tempatan menambat hati guru agama ini untuk terus menetap dan menyumbang tenaga dalam bidang pendidikan agama di Lutong.

Zulkifli temui erti muhibah dengan kehadirannya amat disenangi warga Miri yang mengamalkan semangat keharmonian dan toleransi agama yang baik.

Dokumentari Hijrah Muhibah menjalani penggambaran selama empat hari mulai 14 Februari lalu di Lutong.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat