BN wakilkan pimpinan utama menghadap Agong, GPS kekal sokong PN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) hanya diwakili tiga pimpinan utama dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong pagi ini.

Meskipun semalam Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan 30 Ahli Dewan Rakyat daripada BN menghadap secara individu di Istana Negara.

Namun, mereka sepakat untuk mewakilkan sesi menghadap itu kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmda Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Sumber terdekat dengan pimpinan utama BN memberitahu, ahli Parlimen BN mewakilkan sesi menghadap Agong kepada Zahid dan Mohamad serta Zambry sahaja.

Selepas siri mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang bermesyuarat semalam rata-rata ahli Dewan Rakyat BN menyatakan mereka kekal berkecuali dan tidak menyokong mana-mana gabungan politik sama ada Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).

Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong juga menerima menghadap pimpinan utama Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Istana Negara hari ini.

Datuk Seri Fadhillah Yusof antara beberapa pemimpin GPS yang dilihat hadir menghadap Agong.

Pemimpin GPS lain yang hadir sama
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

Pun begitu, media melaporkan, Fadhillah mengesahkan bahawa GPS kekal tidak berubah menyokong PN dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat