Zahid sangkal letak jawatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Presiden Umno.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memohon sebaran berita palsu seumpama itu dihentikan kerana memburukkan lagi keadaan.

“Mohon jangan dikeruhkan lagi keadaan. Surat yang telah disebarkan seperti berikut adalah palsu dan rekaan manusia yang tidak bertanggungjawab.

“Mohon doakan yang terbaik untuk dalam keadaan sekarang ini,” ujar Zahid ringkas dalam catatan di Facebooknya pada Rabu.

Semalam satu kenyataan media dengan kepala surat BN memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tergempar BN semalam, Zahid telah mengumumkan pelepasan jawatan Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Beberapa keputusan juga telah di capai untuk menentukan gabungan mana yang akan di sokong oleh BN, sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) pada esok, 23 November 2022.

“Saya juga dengan berat hati ingin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden UMNO atas dasar tanggungjawab di atas kekalahan besar BN pada PRU15 yang lepas.

Oleh yang demikian surat itu memaklumkan bahawa , Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan memangku jawatan sebagai Pengerusi BN dan juga Presiden Umno sehingga pemilihan Umno yang akan di adakan pada Januari 2023.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat