PDRM Tak Putus Asa Buru Jho Low Untuk Balik Hadapi Pertuduhan 1MDB – KPN

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited dalam usaha mengesan dan membawa pulang ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low ke Malaysia untuk menghadapi pertuduhan kes 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memaklumkan PDRM telah memfailkan 13 pertuduhan di mahkamah terhadap Jho Low walaupun tanpa kehadirannya (in absentia) melibatkan kes 1MDB.

“PDRM juga telah memohon dan memperolehi Red Notice (Fugitive Wanted For Prosecution) daripada Interpol terhadap Jho Low pada tahun 2018.

“Red Notice tersebut adalaha jenis kategori yang hanya boleh diakses oleh agensi penguatkuasa negara ahli Interpol memandangkan suspek berkenaan tidak memudaratkan keselamatan awam berdasarkan penilaian pihak Interpol,” kata Acryl Sani dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, selain PDRM pihak berkuasa asing di Singapura dan Amerika Syarikat turut menjalankan siasatan ke atas Jho Low malah kedua-dua negara itu juga telah memfailkan pertuduhan terhadap Jho Low.

“Sehingga kini, usaha menjejaki Jho Low masih giat dijalankan dan segala maklumat yang diterima mengenai keberadaan suspek tersebut di negara asing telah diteliti kesahihannya oleh PDRM termasuklah menggunakan saluran kerjasama pihak berkuasa di negara-negara berkenaan.

“Setakat ini Red Notice yang dikeluarkan oleh Interpol kepada 195 negara ahli adalah sebagai makluman dan mendapatkan bantuan maklumat daripada negara ahli Interpol mengenai keberadaan penjenayah buruan.

“Sekiranya mana-mana negara ahli mengesan penjenayah dikehendaki, Interpol negara berkenaan hendaklaha menyalurkan maklumat kepada negara yang memperoleh Red Notice bagi proses permohonna ekstradisi,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Negara memaklumkan setakat ini permohonan ke atas ekstradisi Jho Low tidak dapat dibuat memandangkan tiada negara ahli Interpol yang mengesahkan keberadaan Jho Low dalam negara mereka.

“PDRM amat mengalu-alukan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung lokasi Jho Low boleh salurkan maklumat melalui talian CCID infoline di 013- 211 1222 (WhatsApp sahaja) atau maklumkan ke balai-balai polis berhampiran.

“Setiap maklumat akan disalurkan kepada Interpol bagi mendapatkan bantuan pengesahan lanjut daripada negara-negara ahli yang terlibat,” katanya.

Acryl Sani menyatakan komitmen PDRM bagi memastikan Jho Low ditahan untuk dibawa ke muka pengadilan.

Semalam, media melaporkan Jho Low tetap dapat memindahkan wang dan menikmati kehidupan mewah pada 2018 disebabkan bantuan isterinya, walaupun ahli perniagaan itu diburu penyiasat di seluruh dunia.

Perkara itu dinyatakan wartawan Tom Wright dan Bradley Hope dalam klip video terbaru mereka yang membincangkan mengenai keberadaan Jho Low.

Siasatan kedua-duanya mendapati Jesselynn Chuan Teik Ying memohon untuk menyertai Kelab Kapal Layar Diraja Hong Kong pada 2018.

Dakwa mereka, ia berlaku selepas rampasan kapal The Equanimity di Bali, Indonesia.

Justeru, mereka membuat spekulasi, Jho Low mencari kapal layar baru di pasaran dan oleh itu perlu mencari tempat berlabuh.

Borang permohonan Chuan itu dilihat kedua-dua mereka dan ditunjukkan dalam rakaman berkenaan, dengan mengatakan dia bekerja di sebuah firma yang dikenali sebagai Kinetic Profit Company Ltd.

Kedua-dua mereka berkata siasatan lanjut mendapati syarikat itu mempunyai sebuah anak syarikat di Shanghai yang menenaraikan Low Taek Howe sebagai penyelia.

“Lebih dikenali sebagai ‘Howie’, itu adalah sepupu Jho Low. Dia adalah ahli penting kumpulan (Jho Low). Sehingga hari ini dia adalah salah seorang lelaki yang kekal bersama Jho Low selepas semua perkara buruk berlaku dengan siasatan di seluruh dunia,” kata Hope.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat