12 Calon Graduan Terpilih Untuk Program ‘Pahang Talent’ – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUANTAN: Seramai 12 calon graduan anak Pahang telah terpilih mengikuti pogram latihan khas yang dikenali sebagai ‘Pahang Talent’.

Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini adalah julung-julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang melaksanakan program tersebut.

Melalui Pahang Talent jelasnya, calon yang terpilih akan menjalani latihan selama 12 bulan bagi menimba ilmi dan pengalaman serta pendedahan industri secara langsung di bawah bimbingan barisan Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar sendiri.

“Buat julung-julung kalinya Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang memperkenalkan program latihan khas untuk graduan anak Pahang yang dikenali sebagai Pahang Talent.

“Graduan yang terpilih mengikuti program ini akan menjalani latihan selama 12 bulan bagi menimba ilmu dan pengalaman serta pendedahan industri secara langsung di bawah bimbingan barisan Exco Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Pahang sendiri.

“Sepanjang tempoh program latihan ini, setiap graduan yang terpilih akan menerima insentif bulanan sebanyak RM2,500.

“Seramai 12 calon daripada keseluruhan 400 graduan 2021/2022 dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Permata Pintar, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan MARA telah terpilih untuk menjalani program ini.” ujarnya melalui Facebook.

Kata Wan Rosdy lagi, 12 calon yang terpilih ini telah melalui beberapa fasa saringan dan pemilihan sejak April lalu.

Bagi melayakkan mereka terpilih jelas beliau lagi, seseorang graduan perlu melepasi tiga peringkat saringan iaitu Ujian Profil Psikologi dan DNA Yayasan Pahang; Program Penilaian Simulasi (Mengenal pasti Decision Making Skills, Event Management Skills, Critical Thinking Skills dan Interpersonal Skills); serta proses temuduga.

“Selepas tamat menjalani latihan industri selama 12 bulan, graduan ini berpeluang diserapkan bekerja dengan agensi-agensi Kerajaan Negeri Pahang dan syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Pahang, berdasarkan prestasi sepanjang mengikuti program berkenaan.

“Saya berharap agar kesemua 12 calon yang telah terpilih ini memanfaatkan peluang dan ruang melalui program ini untuk mengembangkan bakat dan potensi diri masing-masing dan seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada Kerajaan Negeri dan rakyat.

“Saya juga berharap agar program ini dapat diteruskan agar lebih ramai lagi generasi pelapis yang berketrampilan dapat dilahirkan, lebih ramai tenaga kerja mahir dapat dihasilkan, sekali gus membuka peluang pekerjaan kepada anak Pahang.”katanya.-SuaraTV

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat