Malaysia-Turkiye runding sekuriti makanan dua hala – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri sesi pertemuan perniagaan melibatkan syarikat-syarikat gergasi Malaysia dengan syarikat-syarikat terkemuka Turkiye.

Menurut beliau, Turkiye merupakan antara negara pengeksport tepung gandum terbesar dunia.

“Pada pertemuan ini, Boustead Holdings Bhd (Boustead) telah berbincang dengan OYAK bagi menerokai peluang perdagangan komoditi dua hala dengan fokus kepada sekuriti makanan dalam usaha kerajaan bagi memastikan sekuriti bekalan makanan kepada Keluarga Malaysia.

“Selain Boustead, syarikat-syarikat terkemuka lain yang mengadakan perundingan pelaburan termasuklah Khazanah Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), SilTerra Malaysia Sdn Bhd dan juga Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT),” beritahu Ismail Sabri dalam kenyataan pada Rabu.

Kata Perdana Menteri lagi, rundingan ini juga bertujuan menarik peluang-peluang pelaburan dari syarikat Turkiye ke Malaysia dan juga menerokai usaha sama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang termasuk teknologi perbankan digital dan kewangan Islam.

“Saya juga menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman antara Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dengan Karadeniz Technical University (KTU); dan UMK dengan Karabuk University (UNIKA) selain pemeteraian Dokumen Persefahaman antara Boustead dengan Great East Capital Bigli Teknologi Yatirimlari (GEC),” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat